DEFINISI KEMERDEKAAN

DEFINISI KEMERDEKAAN

Pada tanggal 31 Ogos nanti, negara kita akan menyambut hari kebangsaan yang ke-60.Kali ke-60, banyak tu !!! tapi kita semua sebagai rakyat Malaysia dah arif ke belum pasal takrif kemerdekaan ni ? Haa mai sini nak habaq kat hampa. KEMERDEKAAN ni kalau dalam konteks negara maksudnya bebas. Bebas apa? Bebas daripada kuasa penjajahan. Negara merdeka ni ialah negara yang diperintah dan ditadbir sendiri oleh rakyat negara itu. Maksudnya, takdak orang luar atau asing yang memerintah dan mentadbir negara tu. Contohnya negara kita la. 

Kemerdekaan adalah harta paling mahal bagi sebuah negara dan rakyatnya. Kita kena la bersyukur sebab dah dah bebas daripada segala macam belenggu penjajah sejak 50 tahun lalu. Lahir-lahir ja kat tanah air ni kita dah dapat hidup senang-lenang dengan keluarga. Penting tau untuk kita kenangkan dan hargai jasa-jasa tokoh kemerdekaan dan perajurit-perajurit tu semua. Definisi Kemerdekaan kalau kita ikut dalam takrif Islam pulak maksudnya kebebasan melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang dilarang atau kita boleh tau dengan perkataan lain iaitu amar makruf nahi mungkar. Setiap individu berhak melakukan apa yang mendatangkan kebaikan kepadanya. Kebebasan itu tidak pula mendatangkan keburukan kepada diri sendiri, individu dan pihak lain. Paham dak? Okey dah tau maksud merdeka kan? Lepas ni hampa, awak2, korang, mung2 semua boleh la sampaikan maksud merdeka ni kepada orang yang belum tahu. Sharing is caring kannn~ BYE !!

Comments

Popular posts from this blog

KRONOLOGI MENCAPAI KEMERDEKAAN

SEJARAH KEMERDEKAAN